|

6 Jan 2012, Makmal Komputer tingkat 4, Tazkirah pada hari ini disampaikan oleh En Shaful Bahri, bertajuk Taqwa. Kelab Pusat ICT turut meraikan Staf yang lahir pada bulan disember 2011. Hadiah telah disampaikan oleh Pn. Hakimah, pengerusi Kelab Pusat ICT 2011/12. Selamat hari lahir.





|
|

19 Disember 2011, Pusat ICT telah memenangi beberapa anugerah utama sempena Bulan Inovasi UPSI 2011. Antara pencapaian Pusat ICT ialah Tempat Pertama Perkhidmatan Kaunter Terbaik, Tempat Pertama Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan Saguhati bagi ketegori Individu Kreatif dan Inovatif. Hadiah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Noraini bt. Idris pada Majlis Penutup Bulan Inovasi pada 19 Disember 2011 di Auditorium Utama UPSI.
Kumpulan i-Ray muncul johan pertandingan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat UPSI pada tahun 2011 dengan projek bertajuk 'Kelewatan Penyediaan dan Penyerahan Kad Matrik Pelajar Baru’. Hasil inovasi projek ini membolehkan penyerahan kad matrik pelajar baru diserahkan pada hari pendaftaran berbanding 7 hari sebelumnya. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin dalam mencetuskan lebih banyak kejayaan di masa hadapan dan meningkatkan usaha dalam memberi perkhidmatan yang terbaik.





|