Client Charter

Kami berjanji untuk memastikan:

  1. Kebolehcapaian Sistem Maklumat Bersepadu Universiti (SMBU) dan rangkaian sekurang-kurangnya 95% dalam setahun.
  2. Sistem Maklumat Bersepadu Universiti (SMBU) ditambahbaik sekurang-kurangnya sepuluh (10) modul/submodul dalam setahun.
  3. Latihan ICT kepada kakitangan dilaksanakan sekurang-kurangnya 12 kursus/bengkel dalam setahun.
  4. Penyelenggaraan pencegahan komputer/notebook pentadbiran dan pengurusan universiti dilaksanakan dalam tempoh satu (1) hari bekerja satu (1) kali dalam setahun.
  5. Penyerahan salinan video ceramah dan forum tanpa suntingan dilaksanakan dalam tempoh dua (2) minggu selepas rakaman dibuat kepada pelanggan.
  6. Penyelesaian masalah ke atas aduan yang diterima dilaksanakan bergantung kepada kesediaan alat ganti :
    1. Komputer/notebook pengurusan dan pentadbiran : lima (5) hari bekerja
    2. Alat bantu mengajar di bilik/dewan kuliah : dalam tempoh satu (1) jam
    3. Rangkaian : satu (1) hari bekerja
  7. Penyelenggaran pencegahan berkala Alat Bantu Mengajar di bilik/dewan kuliah dilaksanakan dua (2) kali dalam setahun.
  8. Khidmat instalasi perisian berlesen kepada staf UPSI dilaksanakan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
  9. Spesifikasi teknikal peralatan ICT disediakan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  10. Maklum balas terhadap aduan pengguna diberikan dalam masa satu (1) hari bekerja.
Hits: 2733