VOIP


1.1    Penggunaan teknologi Voice over Internet Protocol (VoIP) membolehkan panggilan telefon
        dan mesej faks disampaikan melalui rangkaian Internet berbanding kaedah konvensional
        yang menggunakan talian analog dan Public Switched Telephone Network (PSTN).


1.2    Pada tahun 2012, UPSI telah memasang sistem telefon IP-PBX (Internet Protocol – Private
         Branch Exchange) yang menyokong teknologi VoIP di Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS).


1.3    Dengan adanya sistem IP-PBX ini, pejabat-pejabat Fakulti dan Pusat Tanggungjawab (PTj) di
         KSAS telah menggunakan telefon IP dan mesej faks boleh dihantar/diterima melalui saluran
         VoIP.


1.4    Pihak UPSI telah melantik syarikat Fibrecomm Network (M) Sdn Bhd (Fibrecomm) sebagai
         pembekal perkhidmatan VoIP di KSAS bermula bulan November 2015.


1.5    Adalah dianggarkan sehingga Mac 2017, sejumlah 806 unit.set telefon IP sedang aktif   
         digunakan di pejabat-pejabat PTj KSAS.

SET TELEFON IP DI KAMPUS SULTAN AZLAN SHAH

RAJAH SKEMATIK VOIP UPSI


Jumlah paparan: 681