MyFIS - Sistem Kewangan

MyFIS menyokong pelaksanaan proses kewangan untuk memastikan perniagaan berjalan dengan cekap dan sistematik. Sistem ini direka untuk memenuhi standard perakaunan dan pengauditan untuk laporan kewangan yang disediakan bagi universiti atau Perbendaharaan Malaysia. Pembangunan sistem ini adalah berdasarkan kepada sistem standard perakaunan bagi agensi kerajaan (SAGA) menyediakan penyelenggaraan lengkap akaun, kemudahan penutupan akaun harian, kemudahan perakaunan dan pengurusan kewangan yang lebih baik. Selain itu, sistem ini juga boleh menyediakan laporan kewangan pra-audit tepat pada masanya. Sistem ini menguruskan proses kewangan untuk kakitangan, pelajar dan vendor serta aset & inventori Universiti di mana semua aplikasi ini disepadukan. Sistem ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang tandatangan digital dan sijil digital, pada masa yang sama menyediakan platform untuk transaksi kewangan dalam talian dengan pelaksanaan e-pembayaran.

 

• Bajet
• Pembelian
• Bayaran Akaun
• Akaun Belum Terima
• Pengurusan Tunai
• Aset dan Inventori
• Pengurusan Stor
• Lejar Am
• Pengurusan Pinjaman
• Gaji
• Maklumat Eksekutif

Jumlah paparan: 1106