ICT Centre Club

#QRCodeKPICT #InstallBoostApplication

 
 

KELAB PUSAT ICT

Kelab Pusat ICT ditubuhkan pada tahun 2002 dengan matlamat utama menjaga kebajikan, kepentingan  dan kemaslahatan ahli yang terdiri dari staf Pusat ICT UPSI. Sehingga kini, ahli Kelab Pusat ICT telah mencecah 83 orang.

OBJEKTIF

Bertindak sebagai satu kumpulan bagi berkerjasama dan tolong-menolong dalam menjaga kebajikan dan kemanfaatan bersama.

Merapatkan hubungan segenap lapisan kakitangan di Pusat ICT agar dapat mewujudkan suasana dan persekitaran kerja yang harmoni dan sihat seterusnya meningkatkan produktiviti jabatan.

Mengadakan aktiviti yang dapat mengeratkan silaturrahim di antara staf dan memberi faedah kepada ahli kelab sama ada dalam bentuk sosial mahupun ekonomi.

Memberi sumbangan dan bantuan dalam bentuk hadiah atau wang kepada ahli-ahli bagi perkara-perkara yang ditetapkan.

Memberi sumbangan wang / hadiah atas pertimbangan Jawatankuasa bagi lain-lain hal yang difikirkan perlu.


KEAHLIAN
Staf yang berkhidmat di Pusat ICT sama ada staf tetap / kontrak / sambilan adalah dengan sendirinya menjadi ahli kelab ini.

Staf pusat ICT yang berkhidmat di jabatan lain diberi pilihan untuk menjadi ahli atau tidak.

YURAN AHLI
Yuran bulanan yang perlu dijelaskan bagi setiap ahli adalah berdasarkan kepada kadar yg ditetapkan seperti berikut :-

KATEGORI

YURAN

Kump. 1 (Gred 44 dan ke atas)

RM 12.00

Kump. 2 (Gred 32 - 41)

RM 7.00

Kump. 3 (Gred 22 & 27 & 29)

RM 5.00

Kump. 4 (Gred 17 dan ke bawah)

RM 4.00

 
*Yuran Khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan Jawatankuasa.

 

AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI KELAB PUSAT ICT 2019-2020

Penaung : PUAN NORAZIZAH OTHMAN (CIO)
Pengerusi : EN. MOHAMAD FAIRUZ BIN MISDI

Timbalan Pengerusi : PN. NORHAYATY BINTI ABDUL RAHAMAN

Setiausaha : PUAN ANNUR ATIQAH BINTI KHAIRUDDIN

Penolong Setiausaha : PUAN NOR HAZIDA BINTI HAMIDUN

Bendahari : PUAN AZLINA BINTI ABDUL RAHMAN

Penolong Bendahari : EN. PRABU A/L THARMALINGAM

Biro Ekonomi : EN. MUHAMMAD FARHAN BIN SALEHUDDIN

Penolong : PUAN NORHIDAYAH BINTI ABU HASSAN

Biro Kesukanan : EN. MUHAMMAD MUIZUDDIN BIN MOHD JAMALUDDIN

Penolong : CIK NAZZURA BINTI ZULKIFLI

Biro Kebajikan : EN. MUHAMMAD SAFRI BIN HAMZAH

Penolong : EN. ZULKIFLI FAHMI BIN AMBIA

Biro Kerohanian : EN. RIDZUAN BIN ABDUL KADIR

Penolong : CIK ANIS FATIHA BINTI AHMAD SAHIMI @SHUHAIMI

Juruaudit : PN. HAKIMAH NUR BINTI CHE AZHAR

 

Hits: 573