Pusat ICT berperanan penting dalam meningkatkan keterlihatan UPSI sebagai sebuah pusat kecemerlangan digital yang bertanggungjawab memberi perkhidmatan :
- Merancang dan melaksanakan dasar ICT selaras dengan Pelan Strategik UPSI dan dasar KPT.
- Menyedia dan menyelenggara infrastruktur serta sistem maklumat universiti.
- Memberi sokongan teknikal harian dan perkhidmatan ICT kepada seluruh warga universiti.
- Menilai dan mempertingkatkan sistem dan aplikasi ICT sedia ada agar relevan dan efisien.
- Menjalankan pemantauan keselamatan dan perlindungan maklumat universiti.
- Menyokong aspirasi pendigitalan dalam PdP, penyelidikan dan pentadbiran.
Pusat ICT memberi manfaat kepada semua dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pelajar, pensyarah, penyelidik, kakitangan pengurusan dan sokongan serta pengurusan tertinggi dalam menyokong operasi, pembelajaran, penyelidikan dan inovasi secara menyeluruh. Perkhidmatan dari Pusat ICT ini membolehkan UPSI kekal relevan, cekap dan berdaya saing dalam era pendidikan tinggi yang mampan dan inklusif yang merupakan Universiti Pendidikan di Perak.